Friday, February 17, 2012

Anakku Dicakar Kucing


Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan si Diana aka Nana anak perempuanku yang dah jadi chef di Kolej Jururawat Kluang....Dalam masa cuti seminggu sempena hari Deepavalli yang lepas...dia dicakar si Emmo kucing jantan 'kesayanganku'...Aku baru saja balik dari sekolah bila si Aimi anakku yang nombor 4 mengadu kakaknya dicakar kucing...Aku terus membebel...tentunya kerana si Diana selalu menyakat kucing jantan ku itu dengan melaga-lagakannya dengan si Gosh seekor lagi kucing jantan yang stay di dalam rumah dengan meletakkannya di balik pintu kaca...agaknya berdendam juga si Emmo tu ya..Tapi mujurlah cepat juga bertindak dan pergi ke klinik berhampiran untuk dapatkan ubat untuk penyakit yang ditempah sendiri tu....Hai...teringat aku kepada Cikgu Darmi GPK HEM sekolah tempat aku bertugas yang baru sahaja pulih dari bengkak dek dicakar kucing 'kesayangan'nya...

Monday, February 13, 2012

Aku Dalam Dilema


Awal Januari ada seseorang menelefon menyatakan ada kekosongan jawatan di PPD. Kawanku itu menawarkan jawatan tersebut padaku kerana pada pandangannya aku layak memegang jawatan tersebut. Aku cuba menolak dan meminta sekiranya ada orang lain yang layak berikan sahaja jawatan tersebut pada orang itu. Nampaknya dia berkeras mahukan aku yang mengisi kekosongan jawatan tersebut...Sampai waktu ini aku masih tak habis berfikir patut atau tidak menerima tawaran tersebut?....Kawan-kawan macam mana pendapat kawan-kawan yang lain agaknya?

Sunday, August 22, 2010

Tarawih dan Tadarus




Buat kesekian kalinya aku dilantik menjadi bilal tarawih di Surau Taman Megah...Nak elak macam mana sebab Pengerusi Surau tu betul-betul dah mark muka aku ni...Ni yang payah ni nak balik kampung berbuka dan bersahur dengan emak dan bapak...aku pernah tinggalkan tugasan jadi bilal ni pada bilal nombor 2 tapi nak tahu apa jadi?...Kelamkabut dibuatnya....Nampaknya tahun ni aku kena stay di Taman Megah ni sampai penghujung Ramadhan ni...Dapat juga join tadarus dengan imam dan orang-orang kuat surau yang lain...Masa ni la nak kumpul pahala banyak-banyak....Dan masa ni la ada peluang nak tunggu malam Lailatul Qadar...Agak-agak dapat jumpa tak malam tu ya?....

Sunday, July 11, 2010

BILA ENGGANG LALU

Minggu lalu sekolahku Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 2 Pontian didatangi pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor diketuai oleh Tuan Pengarah sendiri. Maka kelam kabutlah kami dibuatnya. Mulanya aku buat tak kisah kerana tak ada apa yang perlu dibimbangi kerana rasanya persiapan untuk dipantau serba ada. Tapi aku jadi gelabah bila GPK 1 bertanyakan fail LINUS. Baru aku ingat yang aku belum menjalankan Ujian LINUS ke2 bagi sesi Ujian Lisan. Kerana aku jenis lurus bendul aku terus saja menyatakan yang aku masih belum siapkan tugasan tersebut. Terbeliak mata rakan sejawatku dengan jawapan ku itu.

Tapi akhirnya aku menjadi lega kerana lawatan pegawai-pegawai tersebut hanya untuk melihat tapak untuk sekolah vokasional marin. Tapi satu perkara bermain di benakku ini. Sekiranya sekolah ini dan keseluruhannya diambil dan dijadikan sekolah vokasional marin, ke mana kami akan dicampakkan agaknya?

Wednesday, May 26, 2010

Cikgu Kena Ada Lesen?

Entah kenapa bila aku teringatkan tajuk itu terasa betapa guru seperti dijadikan seperti bahan eksperimen oleh pihak-pihak atasan...Masing-masing nak menunjukkan kewibawaan masing-masing dengan memperkenalkan sistem itu dan ini..Ini adalah yang terbaru setelah guru dihujani dengan pelbagai kaedah dan sistem...aku teringat kali pertama ditemuduga untuk mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Kinta Ipoh ( sekarang hanya tinggal nama)..Aku ditanya mengapa aku hendak menjadi seorang guru?Jawabku dengan selamba aku hendak menjadi seorang arkitek manusia yang boleh mendidik anak-anak bangsa menjadi warga yang berguna untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara..Sekarang aku merasakan core-business aku sebagai guru sudah lain jadinya...dengan dibebani dengan pelbagai tugas rencam aku merasa aku bukan seorang guru yang baik terhadap anak murid kerana tumpuan ada masanya teralih ke arah lain.......

Saturday, May 22, 2010

AKHIRNYA AKU ADA BLOG AKU SENDIRI

Akhirnya....aku ada blog aku sendiri...akuj nak jadikan ia gelanggang tak kiralah gelanggang seni ke gelanggang hiburan ke atau apa sahaja...aku juga nak jadikan ia ruang untuk pemasaran...nak pasarkan apa?...tunggu dan lihat sahajalah..