Sunday, July 11, 2010

BILA ENGGANG LALU

Minggu lalu sekolahku Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 2 Pontian didatangi pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor diketuai oleh Tuan Pengarah sendiri. Maka kelam kabutlah kami dibuatnya. Mulanya aku buat tak kisah kerana tak ada apa yang perlu dibimbangi kerana rasanya persiapan untuk dipantau serba ada. Tapi aku jadi gelabah bila GPK 1 bertanyakan fail LINUS. Baru aku ingat yang aku belum menjalankan Ujian LINUS ke2 bagi sesi Ujian Lisan. Kerana aku jenis lurus bendul aku terus saja menyatakan yang aku masih belum siapkan tugasan tersebut. Terbeliak mata rakan sejawatku dengan jawapan ku itu.

Tapi akhirnya aku menjadi lega kerana lawatan pegawai-pegawai tersebut hanya untuk melihat tapak untuk sekolah vokasional marin. Tapi satu perkara bermain di benakku ini. Sekiranya sekolah ini dan keseluruhannya diambil dan dijadikan sekolah vokasional marin, ke mana kami akan dicampakkan agaknya?

No comments:

Post a Comment