Friday, February 17, 2012

Anakku Dicakar Kucing


Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan si Diana aka Nana anak perempuanku yang dah jadi chef di Kolej Jururawat Kluang....Dalam masa cuti seminggu sempena hari Deepavalli yang lepas...dia dicakar si Emmo kucing jantan 'kesayanganku'...Aku baru saja balik dari sekolah bila si Aimi anakku yang nombor 4 mengadu kakaknya dicakar kucing...Aku terus membebel...tentunya kerana si Diana selalu menyakat kucing jantan ku itu dengan melaga-lagakannya dengan si Gosh seekor lagi kucing jantan yang stay di dalam rumah dengan meletakkannya di balik pintu kaca...agaknya berdendam juga si Emmo tu ya..Tapi mujurlah cepat juga bertindak dan pergi ke klinik berhampiran untuk dapatkan ubat untuk penyakit yang ditempah sendiri tu....Hai...teringat aku kepada Cikgu Darmi GPK HEM sekolah tempat aku bertugas yang baru sahaja pulih dari bengkak dek dicakar kucing 'kesayangan'nya...

3 comments:

  1. Mesti anak En Mudzakir ni menyakat-nyakat kucing tu tak? Kucing pun sekarang ni sensitif, maklumlah orang ramai sudah tidak berminat membela kucing macam dulu. Yalah kita ni sekarang dah duduk taman perumahan, manalah sesuai nak bela kucing. Tahi merata-rata dan menyebabkan bau yg kurang menyenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulla tu....dek kerana comel dan semangat kucing tu buatkan semua orang geramkan kucing tu....teringin nak duduk kampung yang luas persekitaran supaya senang nak bela ayam itik dan kucing ...nampak benar semangat kekampungan dalam diri ni masih menebal...

      Delete
  2. Kjaan Kelantan nak bina pusat Kucing, harap2 lepas ni semua negeri akan membina rumah kucing. Tgok kucing gelandangan hati saya sgt kesian, ada yg mati dlm longkang, dilanggar kereta, mengemis di warung2, mesjid, sekolah. Memang terbiar. Sebagai negara yg dirahmati, seharusnya kucing2 juga harus terbela.

    ReplyDelete