Sunday, August 22, 2010
Tarawih dan Tadarus

Sunday, July 11, 2010
BILA ENGGANG LALU
Minggu lalu sekolahku Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 2 Pontian didatangi pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor diketuai oleh Tuan Pengarah sendiri. Maka kelam kabutlah kami dibuatnya. Mulanya aku buat tak kisah kerana tak ada apa yang perlu dibimbangi kerana rasanya persiapan untuk dipantau serba ada. Tapi aku jadi gelabah bila GPK 1 bertanyakan fail LINUS. Baru aku ingat yang aku belum menjalankan Ujian LINUS ke2 bagi sesi Ujian Lisan. Kerana aku jenis lurus bendul aku terus saja menyatakan yang aku masih belum siapkan tugasan tersebut. Terbeliak mata rakan sejawatku dengan jawapan ku itu.
Tapi akhirnya aku menjadi lega kerana lawatan pegawai-pegawai tersebut hanya untuk melihat tapak untuk sekolah vokasional marin. Tapi satu perkara bermain di benakku ini. Sekiranya sekolah ini dan keseluruhannya diambil dan dijadikan sekolah vokasional marin, ke mana kami akan dicampakkan agaknya?
Wednesday, May 26, 2010
Cikgu Kena Ada Lesen?
Entah kenapa bila aku teringatkan tajuk itu terasa betapa guru seperti dijadikan seperti bahan eksperimen oleh pihak-pihak atasan...Masing-masing nak menunjukkan kewibawaan masing-masing dengan memperkenalkan sistem itu dan ini..Ini adalah yang terbaru setelah guru dihujani dengan pelbagai kaedah dan sistem...aku teringat kali pertama ditemuduga untuk mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Kinta Ipoh ( sekarang hanya tinggal nama)..Aku ditanya mengapa aku hendak menjadi seorang guru?Jawabku dengan selamba aku hendak menjadi seorang arkitek manusia yang boleh mendidik anak-anak bangsa menjadi warga yang berguna untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara..Sekarang aku merasakan core-business aku sebagai guru sudah lain jadinya...dengan dibebani dengan pelbagai tugas rencam aku merasa aku bukan seorang guru yang baik terhadap anak murid kerana tumpuan ada masanya teralih ke arah lain.......
Saturday, May 22, 2010
AKHIRNYA AKU ADA BLOG AKU SENDIRI
Akhirnya....aku ada blog aku sendiri...akuj nak jadikan ia gelanggang tak kiralah gelanggang seni ke gelanggang hiburan ke atau apa sahaja...aku juga nak jadikan ia ruang untuk pemasaran...nak pasarkan apa?...tunggu dan lihat sahajalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)